Followers

April 26, 2012

DEMAM datang menyerangku :(



Assalammualaikum..
hurmmm...
demam dtg lg...sakitnye badan ni...ase sengal2 tulang..
mak !! i need u ... :(
nak nangis jea rase....
dekat 2 ari da demam ni..Mula-mula, demam 2, 3 hari pastu melarat pulak dengan sakit tekak sampai seminggu. Nak makan, minum, cakap pun seksa sebab luka dan bengkak dalam anak tekak. Ni pun still tak baik lagi.
tp xamek MC pon sbb esok da start cuti...
nasibla shooting pon xder...lau x pengsan di buatnye...
ase nantok sgt....
lame da sebenarnye xdemam ni..
skali kene...tuhan jea thu perasaan sakit 2..
da la dok sorang2 kat negeri org...
lau mak dekat kan bgus..
ader mak..mak tolong masakkan bubur..
ader mak ...mak bgkan ubat...
makkkkk...
ble sakit ni mak jea dlm fikiran..hurm,,,
lau mak thu aku ngh sakit ni..
mesti die risau..
tp aku xkan bgtau..aku tkut mak risau....
xpe demam ni ader kebaikan sebenarnye...
maksudnye allah masih sayangkan aku sebagai hambaNya...
...................................................................................................................................................................
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.
Hikmah sakit dan musibah ini untuk menyedarkan hambaNYA agar tidak lalai dan jauh dari mengingati Allah. Jika Allah menguji hambaNYA dengan suatu penyakit atau musibah barulah kita merasakan kelemahan dan teringat akan dosa-dosa serta ketidakmampuan kita di hadapan Allah. Sehinggalah kita kembali kepada Allah dengan penyesalan, memohon keampunan dan berdoa kepadaNya.
Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup sempurna dan sihat sehingga buatkan kita terlupa akan ujian dari Allah itu sentiasa ada buat hamba yang dikasihiNYA. Untuk merenung kembali akan segala dosa yang telah dilakukan samaada secara sengaja mahupun tidak. Allhamdulillah… Bersyukur dengan ujianMU ini Ya Allah kerana buatkan diri hambaMU ini sentiasa mengingatiMU dan lebih dekat denganMU. Bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai segala kegembiraan, kesedihan, kasih sayang serta nikmat yang tak ternilai harganya sehingga kini. Dan Alhamdulillah kerana hambaMU ini dilahirkan dalam Islam dan juga dibumi Indah Malaysia ;)
p/s: Sesungguhnya setiap kata-kata diatas adalah peringatan untuk diri aku dan insyaAllah buat rakan semua.


No comments:

Post a Comment