Followers

January 21, 2011

~ Keburukan Dan Kebaikan LAMAN SOSIAL ~

Assalammualaikum..

makin rajin nampaknya aku update blog ni...hehe..biasela skang ni aku lebih banyak masa dekat rumah berbanding dulu..Untuk entri kali  ini aku akan berkongsi dengan korang keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet .. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat aku sendiri, laman sosial telah di blockdan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni)...hahaha
boleh dikatakan semua lapisan umur dan masyarakat menjadi penggemar laman2 sosial ini,
tp aku sedar n aku nak kongsi ngan korang semua sebelum kita semua alpa dengan keseronokan dunia internet ini yang tanpa batasan sehingga mengabaikan tanggungjawab masing2..

Keburukan laman sosial           

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Aku juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika korang menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..

2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berenggang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..

3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak menggugat komuniti tempatan.

4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.

5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan korang tau!!.

Maka Kami telah memberi petunjuk (kepada)-nya (manusia) dua jalan mendaki (baik dan buruk) (QS Al-Balad [90]: ayat 10).

...dan (demi) jiwa serta penyempurnaaaan ciptaannya, maka Allah mengilhami (jiwa manusia) kedurhakaan dan ketakwaan (QS Asy-Syams [91]: ayat 7-8).



Walaubagaimanapun korang janganlah takut or nak bersedih tak boleh nak main laman sosial ni lg.. sebab laman sosial jugak mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
Kebaikan laman sosial

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam aku ni yang mempunyai beberapa laman sosial.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti korang akan dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan korang..

3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di 'Wall post' dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.



4. Perkongsian maklumat. Kalau korang bijak mencari kawan yang sesuai, korang akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial korang tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. :)

Bacalah kitab amalmu (catatan perbuatanmu); cukuplah engkau sendiri yang melakukan perhitungan atas dirimu (QS Al-Isra' [17]: 14).



Cukuplah setakat ini. Sememangnya ada pro dan kontra dalam penggunaan laman sosial. Yang pentingnya korang kena bijak menggunakan ke jalan yang betul..
p/s :- Keburukan dan kebaikan yang dinyatakan memang berkait rapat dengan aku jugakla. Ia tidak bermakna kesannya sama pada setiap orang. Bergantung kepada masing-masing.. Jika korang nak menggunakan entry ini dalam karangan,pengucapan awam dipersilakan tapi diharap jangan ‘copy paste’ bulat-bulat sebab ada ayat yang tidak sesuai untuk keadaan korang.

No comments:

Post a Comment