Followers

January 25, 2011

Tension..

sekali lagi aku rase macam tidak dihargai..
bz cm ne pon..xkn xda mase nk gtau...


fade up !!!!!!!!
nak tido dulu :(

January 24, 2011

~ Sebaik-baik amalan sebelum tidur ~




" Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."


[Riwayat Imam at-Tirmizi]


Pengajaran Hadis:
1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. PEnuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kita beristighfar dan bertaubat sebelum kita memulakan tidur.

4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. MUdah-mudahan amalan istighfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelum tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. :

5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepada ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA.

6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi.


Al-Rahman ni Rahim
itu la sifat Allah,
yang Maha pemurah lagi Maha penyayang terhadap hamba dia
semoga dosa kita di ampun kan oleh Nya...

January 23, 2011

YA ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM,,,Layakkah Aku Untuk Disayangi???


Tiba-tiba air mataku berguguran seperti hujan tanpa perlu dipaksa..
hurm..
bila mengenangkan nasib diri hanya allah yang Maha Mengetahui apa yang aku sedang lalui. Begitu pahit aku rasakan, tapi terpaksa juga aku telan kerana aku tahu ini sebahagian dugaan allah swt untuk aku...Aku selalu berlakon di hadapan orang-orang yang aku sayangi, bukan bermakna aku seorang yang hipokrit tapi aku tidak mahu siapapun tahu apa yang aku rasakan dan apa yang harus aku tanggung selama ini...

kadang-kadang aku merasakan jiwaku ini terlalu kosong, seperti kain putih lama yang tidak mempunyai nilai, tidak dipandang, tidak juga ada kegunaannya...
Sebab itukah aku dilahirkan ke dunia ini????? aku juga mempunyai keinginan untuk bahagia seperti orang lain, bukan hanya ingin menjadi hamba yang selalu berduka..kadangkala aku gembira tapi itu hanya sementara. Aku selalu berkata pada diriku " Tak pa mungkin allah menyayangi aku..tu la aku diberikan dugaan sebegini..biar aku dapat dugaan KESUSAHAN , dari aku mengecapi dugaan NIKMAT sehingga lupa diri..walhal dalam pada masa yang sama aku juga ingin merasakan nikmat kesenangan, kasih sayang seperti orang lain...aku begitu tidak bersyukur !!! buangkan sifat MAZMUMAH ini dari diri aku...isi hatiku berkata sendirian..



tapi....ada perkara yang lebih penting ingin aku perolehi..
AKU INGINKAN KEBAHAGIAAN DISANA !!!
Tapi layakkah aku ???????????
seorang hamba yang hina yang selalu lalai dengan keseronokan dunia..
Layakkah aku untuk memperolehi SYURGA ALLAH SWT ?????!!!!
Subhannallah....

AKU INGIN BERUBAH !
AKU INGIN BERJAYA !
AKU INGIN KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG !
Aku inginkan kasih sayangMu Ya Allah...
Rintihanku ini hanya PadaMu Cinta Agungku,,
Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar..
Ampunilah segala dosa hamba-hambaMu ini yang selalu leka..

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini, kecil mahupun besar...terutama dosa kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku, guru-guruku dan saudara 
se-islamku di dunia mahupun akhirat..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau berkatilah kehidupanku ini, Nor Ashikin Binti Ahmad dalam meniti kehidupan seharianku ini..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau tetapkan kakiku semasa melalui Titian siratMu untuk selamat sampai ke SyurgaMu, terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku di akhirat kelak..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau tambahkan dalam diriku sifat MAHMUDAH, buang segala sifat MAZMUMAH dan jauhilah aku dari sifat MUNAFIK dan FASIQ...
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Peliharalah aku dari melakukan kemaksiatan dan melakukan perkara yang sia-sia..berikanlah petunjukMu kepadaku agar kembali ke jalan yang lurus..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Jauhilah hambaMu ini dari seksaan alam kuburMu dan seksaan nerakaMu kerana ia amatlah perit...terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, berikanlah hambaMu ini jodoh yang terbaik untuk membimbingku ke arahMu..agar aku tidak tersimpang dari landasan yang telah Engkau sediakan, untuk memperolehi syurga yang telah Engkau janjikan....amin ya robal a'lamin

January 22, 2011

~ AdaKah aQ_HAMBA ALLAH Yg DisayanGi @ DibenCi ??? ~






salam ukhwah untuk semua saudara2ku...
kali nie aq nak kongsi something ngan korang sume...adakah aq disayang atau dibenci oleh sesiapa pon dengan allah mahupon dengan manusia...hurm..
terlalu lama aku mencari jawapan bg sume pertanyaan ini..???

seriously...
mmg aq rase terabai n xdisayangi oleh family..ase mcm black sheep in the family..
tp aq thu ..aq seharusnya bersyukur kerana masih mempunyai keluarga...wlupon aq tidak lg dapat merasai kasih sayang seorang ayah sekurang2nya aq still ader mak...tp selepas membaca ARTICLE ni..aq mula sedar..sama2 kita mengambil pengajaran dan memperbaiki kesilapan diri...

Kadang manusia tidak memahami bentuk KASIH SAYANG Allah,
DIBUKAnya pintu  REZEKI dan KESENANGAN dari Allah....
Dianggap PEMULIAAN dirinya dan KASIH SAYANG dari Allah.
Sebaliknya PEMBATASAN REZEKI dan UJIAN dari Allah...
Dianggap PENGHINAAN dirinya dan KEBENCIAN dari Allah.

”Adapun manusia apabila Tuhannya mengUJInya lalu diMULIAkan-Nya dan diberi-Nya keSENANGan, maka dia berkata: "Tuhanku telah meMULIAkanku".
”Adapun bila Tuhannya mengUJInya lalu memBATASi REZEKInya maka dia berkata: "Tuhanku mengHINAkanku".(QS Al-Fajr: 15-16)

Orang yang memahami DUNIA adalah arena UJIAN,
Mereka akan menyikapi KEBAIKAN dan KEBURUKAN adalah UJIAN Allah.
Mereka tidak menganggap KEBAIKAN dari Allah sebagai PEMULIAAN
Dan Mereka tidak menganggap KEBURUKAN dari Allah sebagai PENGHINAAN,
Mereka memahami apa yang diperlukan di DUNIA sebagai KEBAIKAN,
Dan mereka memahami apa yang diperlukannya di DUNIA sebagai KEBURUKAN,

Bagaimanakah cara Allah menCINTAi dan menSAYANGi hamba-Nya ?
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata,

”Jika Allah menCINTAi seorang hamba, Allah ilhamkan kepadanya ketaatan, Allah biasakan ia dengan qana’ah (menerima apa yang ada), Allah kurniakan baginya pemahaman agama, Allah menguatkannya dengan keyakinan, Allah cukupkan baginya dengan sifat al-kafaf (merasa cukup dengan rezeki yang memadai) , Allah memakaikannya dengan sifat al-‘afaf.
Sebaliknya jika Allah memBENCI seorang hamba maka Allah jadikan dia menCINTAi  HARTA dan Allah MUDAHkan baginya untuk memPEROLEHnya, Allah iLHAMkan kepadanya DUNIAnya, Allah serahkan dia pada HAWA NAFSUnya, maka ia mengendarai al-‘inaad (keras kepala), ia mudah berbuat fasad (kerosakan), dan menzalimi hamba-hamba (Tuhan)” (Bihar al-Anwar 103 : 26.) 

1.      Allah mengILHAMkan kepadanya keTAATan dan selalu memberinya PETUNJUK.
Sesungguhnya Allah mengilhamkan kepada jiwa semua manusia ketaatan dan maksiat, namun beruntunglah orang yang mengambil ilham ketaatan dan merugilah orang yang mengambil ilham kemaksiatan.

“Maka Allah ilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan rerugilah orang yang mengotorinya.” (QS Al-Syams [91] : 8-9)

Dan Allah mencintai orang yang terilham oleh ketaatan dan ketakwaan, lalu ia bersegera menyucikan jiwanya dengan melakukan ketaatan dan ketakwaan sehingga Allah akan selalu memberinya petunjuk dengan NUR (cahaya) dan FURQAN (pembeda).

”Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), berTAKWAlah kepada Allah dan berIMANlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan RAHMAT (KASIH SAYANG)-Nya kepadamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu NUR (cahaya) yang dengan NUR (cahaya) itu kamu berjalan dengannya dan Dia mengAMPUNi kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS Al Hadid :28)

”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu berTAKWA kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu FURQAAN (pembeda) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (QS Al Anfal :29)

2.      Allah membiasakan kepadanya sifat QANA’AH (ridlo menerima pemberian Allah subhanahu wata’ala apa adanya) 
“Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya.” (QS.Yunus:107)

“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Rabbmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Rabbmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. az-Zukhruf:32)

“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.” (QS.Al an’am 165)

Seseorang mengeluh kepada Imam Ja'far al-Shadiq as tentang ketamakannya yang kian hari bertambah. Imam as menasihatinya, ”Jika engkau merasa beruntung dengan memiliki apa yang mencukupimu, maka engkau akan merasa cukup dengan keperluan terkecil dunia ini. Sebaliknya jika engkau tidak merasa puas dengan memiliki keperluan-keperluan minimum dunia ini, maka seluruh kesenangan duniawi takkan bakal mencukupimu.”   

3.      Allah memberikannya AL-HIKMAH (kefahaman yang mendalam  (FAQIH) dalam ilmu agama)
” Allah menganugerahkan al HIKMAH (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al HIKMAH itu, ia benar-benar telah dianugerahi KURNIA yang BANYAK. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)." (QS Al Baqarah :269)

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka dijadikannya FAQIH (kefahaman  yang mendalam)  terhadap ilmu  agama" (HR.Bukhari-Muslim)

4.      Allah akan memberikan SAKINAH dan meneguhkan keIMANaNnya. 
” Dia-lah yang telah menurunkan keTENANGan (SAKINAH) ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keIMANan mereka berTAMBAH di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...” (QS Al-Fah :4)

5.      Allah memberikan UJIAN dan CUBAAN.
 “Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya.”  (HR. Bukhari)

Rasulullah saw bersabda : ”Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah berikan cubaan baginya. Dan jika Allah mencintainya dengan kecintaan yang sangat maka Allah akan mengujinya.” Para sahabat Nabi bertanya : ”Apakah ujiannya?” Rasulullah saw menjawab : “Tidak sedikit pun Allah tinggalkan baginya harta dan anak.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 81 : 188 ;Kanz al-‘Ummal hadits ke : 30793)

Imam Muhammad al-Baqir as berkata, ”Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menjanjikan UJIAN dan CUBAAN kepada seorang mukmin sebagaimana seorang suami menjanjikan kepada isterinya dengan HADIAH yang diRAHSIAkan (disembunyikan)-nya.” (Bihar al-Anwar 15 : 56.)

Atau dalam hadits lainnya, Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, ”Sesungguhnya apabila Allah menCINTAi seorang hamba nescaya Dia tenggelamkan hamba tersebut ke dalam CUBAAN.” (Bihar al-Anwar 15 : 55)

Suatu hari, Rasulullah shalallahu wa sallam diundang ke rumah salah seorang muslim. Sewaktu beliau tiba di rumahnya, beliau melihat seekor ayam sedang bertelur di sebuah sarang di samping rumah. Beliau melihat telur ayam tersebut tidak jatuh, dan kalaupun jatuh ternyata tidak pecah. Betapa takjubnya Rasullah saw melihat kejadian tersebut. Kerana itu, pemilik rumah tersebut bertanya kepada beliau, “Engkau heran melihatnya, ya Rasullah? Demi Allah yang telah memilih Anda sebagai Nabi, sesungguhnya saya selama ini tidak pernah sakit”
Rasulullah saw segera meninggalkan rumah tersebut, seraya berkata, “Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah, maka ia jauh dari kasih sayang Allah.” (Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar 15 : 1 : 53)

6.      Allah akan menjaganya dari apa yang diharamkan-Nya
Dari Abu Hurairah Ra: Bersabda Rasulullah Saw,” Sesungguhnya Allah CEMBURU, dan cemburu Allah adalah menCEGAH seseorang mengerjakan apa yang diHARAMkan-Nya" (HR.Bukhari-Muslim)

7.     Allah memberikannya sifat  al-‘Afaf ( sifat menjaga kehormatan diri dari perbuatan-perbuatan hina)
     Diriwayatkan oleh Imam Ja’far al-Shadiq as bahwa Imam Ali as berkata, ”Seutama-utama ibadah adalah al-‘afaf” (Al-Kulayni, Al-Kafi 2 : 79)

    Dan sabda Rasulullah saw, ”Sesungguhnya Allah mencintai seorang yang pemalu, yang menjaga dirinya dari perbuatan-perbuatan yang hina (al-hayya al-muta’affif)”( Bihar al-Anwar 71 : 270)

    8.     Allah memasukkannya kedalam Kaum PILIHAN.
       ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan menDATANGkan suatu kaum yang Allah menCINTAi mereka dan merekapun menCINTAi-Nya, yang bersikap LEMAH LEMBUT terhadap orang MUK’MIN, bersikap TEGAS terhadap orang-orang KAFIR, berJIHAD di jalan Allah, dan TIDAK TAKUT kepada CELAan orang yang suka mencela. Itulah KURNIA Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS Al-Maidah:54)

      9.    Allah akan memberikannya KHUSNUL KHOTIMAH
      "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi dirEdhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jema'ah hamba-hamba-Ku,dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (QS Al Fajr: 27-30)

      Bagaimana Sahabat Hikmah ?
      Apakah kita menjadi hamba Allah yang diSAYANG atau diBENCI ?
      Semuanya terserah PILIHAN kita...

      January 21, 2011

      JOM GEGAR BLOG



      JOM GEGAR BLOG



      Tunjuk ajarku sifu !!!! ..abg ben sumber inspirasiku
      ble la nak sebagus die ..hurm..


      ~ Keburukan Dan Kebaikan LAMAN SOSIAL ~

      Assalammualaikum..

      makin rajin nampaknya aku update blog ni...hehe..biasela skang ni aku lebih banyak masa dekat rumah berbanding dulu..Untuk entri kali  ini aku akan berkongsi dengan korang keburukan dan kebaikan laman sosial kepada pengguna internet .. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di pejabat aku sendiri, laman sosial telah di blockdan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja (termasuk yang taip ni)...hahaha
      boleh dikatakan semua lapisan umur dan masyarakat menjadi penggemar laman2 sosial ini,
      tp aku sedar n aku nak kongsi ngan korang semua sebelum kita semua alpa dengan keseronokan dunia internet ini yang tanpa batasan sehingga mengabaikan tanggungjawab masing2..

      Keburukan laman sosial           

      1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Aku juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika korang menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..

      2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berenggang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..

      3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak menggugat komuniti tempatan.

      4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.

      5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan korang tau!!.

      Maka Kami telah memberi petunjuk (kepada)-nya (manusia) dua jalan mendaki (baik dan buruk) (QS Al-Balad [90]: ayat 10).

      ...dan (demi) jiwa serta penyempurnaaaan ciptaannya, maka Allah mengilhami (jiwa manusia) kedurhakaan dan ketakwaan (QS Asy-Syams [91]: ayat 7-8).



      January 20, 2011

      Jatuh Cinta Lagi... benarKah????

      salam....all my cutie fren...ader something nak aku kongsikan...
      setiap kali telefonku berdering pasti jantungku akan berdegup kencang..
      ya allah..macam nak luruh jantung aku ni...bkn die la yg telefon..napa jadi cm ni..aduh !!
      hate this feeling ..maybe la..hehe..
      macam mne nak mule yea..haha..tergantung je citer..hurm..ni tentang seseorg..
      bagi aku sangat istimewa berbanding dari lelaki yang lain..adakah dia Mr. Right aku??
      aminnn..arap2...die baik n sweet sgt...mmg idaman semua gadis la..tp 1 ja aku xberape berkenan dengan attitude die ni..mcm CHIPSMORE...TEKANAN TAU !!






      hehe....die sweet btol2 mcm chipsmore..
      sampai kt phone aku letak nick die BISKUT..
      kikiki ~ die xthu lau thu mesti majuk..tp die lain dr lelaki yang aku penah kenal sebelum nie..
      semua ciri2 lelaki idaman aku ader kt die......
      • Ilmu agama die ..alhamdullillah..
      • cute..
      • lemah lembut..xcepat melatah..gentle jea..
      • selalu bagi semangat tuk aku..
      • yang paling aku suke die XMEROKOK !!





      Lau nak citer banyak ..tp yang ni jea yang dapat aku terangkan ..lebih2 nnti jatuh cinte lak..
      iras2 DAFI gitu..
      tp bukan itu yang aku pandang n cari sebenarnya...
      tp agamanya..aku mule jatuh cinta dengannya disebabkan AGAMA..
      yang membawa kepada perkenalan singkat kami...
      mcm anees jugak..tp anees juz my best fren...maybe jodoh aku bkn dengan die..
      aku ni pelik sket dr gadis2 len...senang jatuh cinta dengan orang2 yang suke bercerita tentang agama n hormat aku as a woman not girl ( waaaa..suda tua )
      tp 2la die slalu bz dengan keje...kdg2 suke ilangkan diri..die sygkan aku tp die xnk meluahkan perasaan 2 slalu...sbb die nk wat semua 2 slpas berkahwin..bg aku itu sweet...
      kadang2 die slalu wat surprise ble call aku..ni 1st time aku rasa cinta aku kerana ALLAH..lain dari cinta sebelumnya...ble aku teringatkan die,,,dlm pada masa yang same aku akan mengingati CINTA  AGUNGKU...tp aku xpenah nak mengharap...
      lau die la jodoh aku alhamdullillah...lau x aku terima dengan redha n hati yang terbuka..
      hari2ku gembira..tambah2 bila aku terima panggilan dari die...hehehe..
      allah jea thu perasaan aku..tp nak kate kami bercinta tidak..kawan jea..still ingin kenal hati budi masing2...dalam islam pon xmenggalakkan bercinta kn...hurm..bkn aku nk ckp aku xpnh bercinta...
      tp btol jugakkan...aku stuju sgt dgn pendapat die...biar knal hati budi masing2..ble dh bersedia terus jea kawen...hehe...bercinta selepas berkahwin...best jugak dengar...
      arap2 berkekalan la persahabatan kami..tp bkn tuk selama2nya berkawan...tp berkawan sebelum membina bahtera rumah tangga...doa2kan aku dan die yea..
      hurm...sayang kamu ..cinta kamu ikhlas kerana allah...mcm slalu kau tuturkan untuk ku... 

      ni ader satu citer nak aku kongsikan..hehe....jom layannnn....




      Bismillahhirrahmanirrahim…
      As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.
      Moga kalian semua diberkati Allah.
      Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

      Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.
      Syukran.
      Babak 1.

      Berlaku di?
      Salah sebuah bilik di asrama lelaki.
      Masa?
      Pagi, petang atau malam.

      “Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
      “Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
      “Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
      “Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
      je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
      “Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”
      Babak 2.

      Berlaku di?
      Dalam pesanan ringkas.

      Masa?
      Bila-bila.

      “Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
      Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

      “Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

      “Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”

      “Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang
      dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
      Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

      “Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”
      ******
      Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT.Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

      Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
      pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

      “Aslam taslim!”
      “Islamlah, anda akan selamat!”

      Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang
      terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

      Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

      Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.
      “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
      Al-Baqarah ayat 256
      “Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
      Al Maidah ayat 3

      “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;”
      Al Qashash ayat 16

      “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, 
      maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
      Al-Baqarah ayat 132


      Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
      Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?
      Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
      yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

      Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

      Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman.
      Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan
      hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.
      Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
      Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

      Tolonglah.
      Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
      Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
      Terkadang..perkara itu nampak kolot,
      tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

      Apa pun,
      Jom hayati agama kita!
      Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
      Tak kenal maka tak cinta.
      Kan?
      Fastabiqul Khairat..!!!

      January 18, 2011

      'Kehilangan paling terasa dalam hidupku'


      ~ Miss u ...AL-FATIHAH BUAT NOR ARIF FAZILAH BIN AHMAD ~


      salam....
      waaa lame update aq pye blog ni..
      terlalu bz n serabot sampai ko aq abaikan
      4give me sayang....banyak yg terjadi sepanjang melalui thn baru ni...
      ader yang mnggembirakan aq ader jugak yang menyedehkan...

      tambah2 akhir thn lepas adik lelaki kesayangan aq telah kembali ke rahmatullah..
      AL-FATIHAH tuk Nor Arif Fazilah Bin Ahmad,,, i miss him so much...
      die meninggalkan kmi pada 15 hb dis 2010..hurm...
      sampai skang aq tak percye satu2nya adik lelaki aq telah mninggalkan kmi sekeluarga..
      dh la die mninggal di sebabkan drowning...??? tp aq still tertya2 btol ke die drowning..
      hurm..terlalu banyak persoalan..dh masuk 18 thn umur die..
      die dikebumikan btol2 bersebelahan dengan kubur arwah ayahKu yang meninggal pada 27 okt 2007..tup tup !! xsangka dekat 4 tahun ayah xder...begitu cepat mase berlalu...
      ni sedikit imbasan photo adik kesyangan ku..semoga allah sentiasa merahmati roh ayah n adik n ditempatkan dgn org2 yg beriman..aminnn...




      Nor Arif Fazilah Bin Ahmad
      18 tahun 6 bulan
      Lahir pada 12 julai 1992
      kembali ke rahmatullah pada 15 dis 2010
      tenanglah engkau di sana..bersama2 org2 yang beriman...
      aq amat menyayangi hg,,,hg ja yg xtaw..
      hanya doa sbg hadiah sayangku pada hg..
      aku rindu sgt kt hg :'(


      I LOVE U
      I MISS U
      I WANT TO HUG U !!!
      AL - FATIHAH...


      Yang pasti skang ni yang aq pikir nak bahagiakan mak jea..tiada yang lain...hanya dia la harta aq dunia akhirat..sayang sangat kt die..hanya allah yang Maha Mengetahui...wlupon aq terpksa harungi dengan pelbagai perasaan...aq tetap tabah,,krn aq thu bhawa allah sgt sygkan aq..
      aq terima segala dugaanNya dengan tabah...wlupon aq terjatuh..aq tetap bgun meneruskan dugaan yg diberikan ini...TAKBIR !! ALLAHUAKBAR3 ...!!!
      P/S : JAGALAH HATI ORANG TERSAYANG SEBELUM TERLAMBAT !!