Followers

November 30, 2010

Orang2 yang paling aku sayang kt dunia nie...

mmg aku sayang sangat kt korang..

arap bertemu lg di sana kelak !!!!



 she's d only one in my heart n my soul...u always be my paradise n i will with u till d end of d world..after allah i love u MOTHER !!! 
n always be with you..insha allah...

Tiada dapat lagi ku luahkan dengan kata2...hanya dengan doa dapat ku tadahkan kepada maha Esa
agar dirimu mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..insha allah..

~ LOVE U ALSO AYAH !! AL ~ FATIHAH TUK MU..
~ COZ ALLAH IS ALWAYS BY UR SIDE ~
~ INSHA ALLAH ~

 ~ wlupon ayah dh xder...tp doa tuk ayah sentiasa bermain di bibir anakmu yg hina ini..ya allah trimala doa2 tuk ayahku ini..
~ sayang sgt kt mak n ayah..tp aku nie jenis xpandai nk tunjuk n mnje2..
sbb dr kecil aku di ajar mcm 2..xmcm org lain..
tp aku bersyukur sgt ader mak n ayah,,,wlupon aku dapat merasa sekejap je kasih syg seorg ayah,,tp aku bersyukur sekurang2nya aku dpt merasa jugak dr org lain yg xpnh merasa kasih syg kedua ibu bapa !!! so BE THANKFUL 2 ALLAH...jgn sia2kn mereka n berbakti la kepada mereka selagi hayatmu dikandung badan..


di sini aku nak tnjuk org2 yg pling aku syg kt dunia nie...

nur laila diyana..
~ anak sedare yang aku jge dr baby lg syg sgt tat dye ~
~ skang dh umur 5 tahun... 
~ n makin mmbesar....hahaha..na mao besar2 lg...!!
 nur mimie adriana..
~ ni sepupu laila...haha..comei giler
tp mulut mao taw la...
~ mcm BURUNG MURAI ~

nur melissa erma ..
~ ni adik kepada mimie..skang dh besar pon..
hehe..ni pon perangai x kurang mcm kak dye jgak..
~ pantang sebut nk g GARDEN ~
~ Dh siap dok atas moto aku..hahaha




                         nur anis fazira
~ ni anak sedare aku yang sulong..cye x?
~ thn ni amek SPM ..hope u will got d nice 1 ~
~hurm..ini  mnunjukkan aku makin tua ..tidak !!!!
mohd aizul fikri..
~ adik kpd anis...
~ ader org kate muke dy cm IKRAM DINZLY
yeke?? uwekkk..hahaha....
~ dy ni mmg nakal tahap gaban n otrOmen...
berubah2 la yea ~ jgn nk blaja jdi playboy ~ 

 mohd shahir ilman..
~ ni adik kpd laila..
~ nakal n buas nyew dy tuhan je yg thu..hehe


neh kenangan berbuka puasa kt hotel star city., alor star



mohd haikal hafiy
~ haaaaa...ni dy teddy bear yang paling aku syg..
~ comei sgt...tp sian dy slalu masuk KMC ~
~ ader asma,., doa2 la moga die cpt sembuh tau..
~ LOVE U SO MUCH ~ MUACXXXXX 
PIC TIME RAYER..SAY CHEESEEE.....
ALOLO..COMEYNYER...

NANTOK SUDA BHA !!~



~ n neh pic dgn my lil sis ~
~ slalu gado2 ~
~ i hate her so muchhh ~
shhhhhh...heee
~ tp sayang jugak la ~
~ name dy noor farhana ~
~ umur 2o tahun ~








tp ramai ckp aku adik dy kakak..hahaha..mule la dy nak melenting...xleh time kenyataan la 2..n may b sbb her attitude more matured than me kot..hee..
itu mmg aku akui.. 
~ so lil sis ko jgn mrh yew ble bca blog aku neh.haha
nnti cpt tua...bwu padan muke ko  ^_^ 
yang sebenarnya anak sedara aku skang ni dah ader dekat
24 ORANG !!! time rayer mmg tkut..hehe...tp yg paling rapat n sayang yg ni la..
wlupon ble dh besar suke buli aku..
~ hampeh tol..diorg xthu kecik2 aku la yg jge n bsuh ape yg xptut..
 hehe..tp yang pasti mmg aku syg korang semua...!! sampai bila2..
   

~THE END ~
STAKAT INI SAJA CRITA TENTANG CYNTA MATY AQUE !!

November 25, 2010

...gadis cantik VS gadis tak cantik...



 



VS









assalamualaikum n salam sejahtera..


Mana perempuan tak mahu cantik.? Kalau ada, aku rasa tipulah..:). rasanya semuanya mahu kelihatan cantik. Tak kira la untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang ataupun untuk tatapan umum. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Umpama Isi dengan kuku. (eh, betul ke peribahasa aku ni.ha3)

Dan semestinya ada cantik dan ada juga yang 'kurang'. nak buat macam mana. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, perempuan cantik sentiasa mendapat perhatian dan senang sahaja untuk meminta tolong. Tak mintak tolong pun ada yang tawar diri nak tolong. Kalau yang tidak cantik.? sentiasa menjadi 'mangsa' diskriminasi terutamanya dari kaum lelaki. betul x?

so, aku pun malas cakap banyak. Jom baca kebenaran tentang diskriminasi yang berlaku antara perempuan cantik dan perempuan tidak cantik.

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!
Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

 
kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!



conclusion is " xsemestinya perempuan cantik semua sombong..n perempuan hodoh pon ader yang sombong tau..n perasan diri 2 cantik..hurm..
itu atas individu itu sendiri...

bagi aku kecantikan yang sebenar datang dari dalam..bkn dari paras rupa..paras rupa ni bkn selama2nya nk cntik...ble dh tue berkedut jugak pyeLA..
d point is jgn "PERASAN CANTIK"... allah jadikan semua manusia 2 same jer..
setiap orang ader kelebihan n kelemahan masing2...

*kepada yang kurang cantik,jangan bersedih,sebab kalau hati baik,akan ada juga jodoh dengan orang yang baik..percayalah.
*firman Allah yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
[Surah al-Nur, ayat 26]

1. Menilai dengan nafsu
Menilai kecantikan pada yang zahir berdasarkan nafsu semata-mata. Biasanya ia tidak akan kekal lama.

2. Menilai dengan iman
Tidak mengutamakan paras rupa, tapi menilai kecantikan pada budi pekerti serta keikhlasan seseorang perempuan...itu paling penting...



bagi aku cantik nie subjektif !!!
as a muslim bagi aku seseorang
itu akan lebih cantik jika di + dengan budi pekerti
yang sangat mulia...jadi tepuk dada tanya hati dan minda..
jika muka cntik tp perangai "0" xda makna jugak kn..
tp kalau muka hodoh perangai pon "HODOH"...ape blh dikata lg...
mmg akan direject awal2 lg...
so kalau nk luaran nmpk cntik wlupon pada hakikatnya
biase aja..POLISH la dalaman bg tip top dulu..
insyaallah ,,,nmpk cntik bg pndangan masyarakat...
luar mahupon dalam..




1.   “Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”
(Hadis Riwayat Muslim)

2.  Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda :
“Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia” 
  (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

November 24, 2010

UNTUK SAUDARI2 KU YG SEDANG MENCARI CALON...



Before marriage:
He: Yes. At last. It was so hard to wait. 
She: Do you love me?
He: Of course! 
She: Have you ever cheated on me? 
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me? 

He: Yes! 
She: Will you hit me? 
He: No way! I'm not such kind of person! 

She: Can I trust you?

She: Do you want me to leave? 
He: NO! Don't even think about it.


Now after the marriage you can read it from bottom to the tOP...


  • so be careful !! 
~ waktu bercinta semua sweet~ semua indah~ tp bile dah kawin !!!
~ waktu nie la perangai pasangan akan terpampang hari demi hari..
kalo dapat yg baik...alhamdullillah..tp kalo dapat yg panas baran, kaki botol, kaki judi,
n segala kaki la yg ader...heee..over la plak...so watch out gal !!

~ Jangan bercinta kerana harta..dan kasih kerana dunia...kerana ia tidak akan kekal selamanya..
so..fikir2kanlah..
  • tol ke die untuk aku ?
  • adakah die mr. right yg aku cari selama ni? maybe/no



Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?
Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.
Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami
Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.
Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.
Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.
Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.
Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari

kepala.
Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.
Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari isteri-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.
Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.
Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.
Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.
Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:
“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”
Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.
Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”
Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.
Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

November 10, 2010

Tragedi 1 November 2010

~ KEJADIAN YG MENYAYATKAN HATI ~

~ Cedeh aku tgk...neh terjadi dekat tandop blakang umh aku...
~ banjir tahun nie besar dr bnjir 5 thn lepas.. yg pasti 5 thn lepas aku xdak kt jitra...
~ thn ni kena merasa la...
  • cuci umh
  • basuh bju
  • buang perabot
yang pling aku xleh tima kenyataan sijil2 aku punah...waaaaa...
..tp nsibla da yg laminate
~ tawakal je la...ujian allah tuk hamba2nya...mesti ader hikmah di sebalik kejadian yg terjadi....
~ aku redha ape yg terjadi walaupon cedeh...
bkn saja umh ...tempat keje aku pon kna jugak..paras pinggang...
penatnyaaaaaaaaa.......SOMEBODY HELP ME PLZZZ !!!

~ neh dah masuk ary ke 11..bnjir di kedah...ramai yg terkorban..
~ salah 1 nya org yg aku knal...mohd hamizan..al-fatihah buat arwah...
ibu bapa kena la berhati2..wak2 ni la...anak2 sonok nk main air...kt alor star n pokok sena 4 org dah budak yg mninggal dunia...
~ DANGEROUS !!! SO WATCH OUT ..LOVE OUR CHILD...
p/s : 4 parents jgn la..biarkan anak2 anda main air...menangis xberlagu...
dengar2 citer gelombang ke2 bakal menyerang kedah lg...aduh...takutnya...tahun nie..persiapan tuk raye aji mmg la " HYE2 BYE2 "
~ skang ngh bz ngn bersiapan tuk mnghadapi bnjir yg ke2 lak...
~ yg paling sedeh pihak2 yg BERTANGGUNGJAWAB mcm xwujud ja pada wak2 rakyat memerlukan bntuan skang ni..sedeh aku tgk org kg aku,,juz mkn ROTI MAYAT  tuk mengalas pewot..last2 minit bwu nk dapat bntuan nasi...alhamdullillah..
~ ader JKK KG pon mcm xda..