![]() | ||||||
heeeee....dugaaaaaaannnnnnn.....puase jgn xpuase..!! |
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu : sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
Followers
August 04, 2011
10 Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...
10:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
9:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
8:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
7:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
6:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
5:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
4:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
3:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
2:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
1:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan..
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.
9:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
8:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
7:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
6:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
5:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
4:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
3:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
2:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
1:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan..

amalan yang ingin hidup berpasangan...
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Hidup yang memboringkan....adakah aku perlukan seseorang dalam hidup aku ???
skang aku da single....hoooreyyy!!!
perlu ke aku seronok ngn status nie?? waaaaaaaaa...
nak menangis sebenarnya...
geram bila memikirkan yang aku keseorangan skang nie..
hurm..bile aku tgk orang lain bhagia ngn pasangan masing2
jeles plak aku tgk...
terseksanye jiwa aku !!!!
keje da ok...tp bile soal bercinta...menyedehkan...
mcm mane la aku nk build up balik semangat aku untuk memberi hati aku
untuk lelaki lain...sebab kepercayaan tuk lelaki dah hilang
dalam diri aku sebenarnya...
hehehe...pe pon jgn risau aku still seorang perempuan yang normal..
masalah yang ada dalam diri aku adalah mempunyai sifat rendah diri yang tinggi..
terlampau sgt kot... i think???
Aku selalu bertanya pada hati.
Siapakah lelaki yang ditakdirkan untuk jadi teman hidup aku? Di manakah dia berada sekarang? Bila kita akan berjumpa? Kenapa sampai sekarang kita masih belum berjumpa? Tolonglah jumpa aku cepat sikit. Berdoalah jawapannya..tya lg....
aku juga memasang impian untuk berumahtangga macam orang lain. Mahu memenuhi fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai. Mahu merasai pengalaman hidup sebagai anak, ibu, nenek dan seterusnya andai diberikan peluang...tapi aku ader ke peluang sebegitu??
Ciri-ciri lelaki idaman ku....
1. Islam
Lelaki idaman aku mestilah beragama Islam, tinggi pengetahuan tentang agama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam. Dia tahu Rukun Iman & Islam. Tahu membaca Al-Quran & boleh membimbing anak-anak membaca Al-Quran kelak. Dia boleh menjadi imam dalam setiap solatku. Dia boleh menjadi pemandu ke arah jalan yang diredhai Allah. aku mahu dia mendekatkan diri aku dan juga dirinya kepada Allah. Pendek kata, hatinya memang mencintai Allah melebihi cinta segala cinta, ibarat orang yang dahaga inginkan air sejuk.
2. Darah Anak Melayu
Seboleh-bolehnya aku mahukan seorang lelaki yang berbangsa Melayu sebab persamaan budaya paling penting dalam hidup. Biarlah kata orang, orang putih itu kacak, orang Arab itu kacak, orang Hindustan itu kacak. Aku tak mahu berkahwin dengan lelaki bangsa asing kerana dunia kita berbeza. Bila sebut pasal budaya ni, bab ni merangkumi banyak hal macam bahasa, makanan, pakaian dan juga adat dan istiadat.
i) Bahasa
Bagi aku, bahasa Melayu adalah bahasa paling sedap didengar sebab bahasa ni paling sebati dalam hidup aku. Kalau nak bermadah pujangga pun, guna bahasa sendiri barulah ada feel,tol x??? kikkikiki...
ii) Makanan
Selera makan aku lebih kepada masakan Melayu dan Thai. Nak makan masakan barat ke, India ke, Cina ke, Arab ke. Insya-Allah boleh, tapi tak boleh selalu. Aku mahu suami yang suruh masak nasi setiap hari dan masak beraneka jenis masakan Melayu supaya masing-masing dapat makan dengan gembira. Bukan saja kenyang, tapi kepuasan diutamakan. Dia juga mesti pandai masak, kalau sikit pun ok. Sekurang-kurangnya kalau aku tak sihat, dia boleh masak.Selain tu juga, aku ni ader alergic ngn makanan laut...waaa....lau aku makan nanti akan naik ruam-ruam merah pastu akan asma...bhayakan ??? tp xpe demi suami aku..aku akan masak jugak tuk die lau itu yang die nk makan..
iii) Pakaian
Perempuan Melayu tak pakai pakaian seksi. Lelaki Melayu mesti jaga pemakaian isterinya. Itulah yang bagus :)
iv) Adat dan Istiadat
Orang Melayu kaya dengan adat. Nak masuk rumah kena buka kasut, nak makan guna tangan kanan, nak menguap kena tutup mulut, nak bercakap dengan orang yang lebih tua kena guna pangkat kakak, abang, pakcik, makcik. Oh! Indahnya budaya orang Melayu. Sungguh kaya budi bahasa.
3. Gaya Hidup Sihat
Boleh pergi joging sama-sama. Hirup udara segar di pagi hari bersama-sama. Seronok tu ;) Lelaki itu tidak minum arak dan tidak merokok. Aku alah kepada asap rokok. Pantang ada bau sikit pun, mesti tak tahan. Boleh lemas dengan bau rokok. Aku juga tak nak suami yang mendedahkan bahaya kepada diri sendiri, termasuk aku dan anak-anak. Kalau tak sayang diri sendiri, macam mana nak sayang orang lain?
4. Tinggi
Boleh tolong mencapai apa yang aku tak boleh capai. Maklumlah, aku perempuan yang tidak cukup inci ;D Masa naik keretapi tadi, kena duduk sebelah seorang lelaki. Lelaki tu tinggi. Tengah mengantuk tu, macam best je kalau dapat lentok dekat lelaki yang tinggi macam dia. Tiba-tiba rasa nak kahwin dengan lelaki yang tinggi, hehe.
5. Orang Seni
Tidak kira apa pekerjaan dia, baik guru, pensyarah, doktor dan lain-lain lagi. Yang penting, dia mesti pandai seni. Seni lukis atau seni reka atau seni memujuk, hehe.
Aku harap, elemen-elemen ini ada dalam diri bakal suami aku. Aku mahu bercinta sampai ke akhirat kelak. Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, bantulah hamba-Mu yang kerdil ini. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
>> semoga kite semua dijauhi dengan segala bencana dan kita semua menjauhi maksiat..
kate2 yang slalu aku pegang ''amal makruf nahi mungkar''