Followers

May 08, 2012

gejala LESBIAN ~ ?????



Sebelum ini saya kerap menonton program bual bicara televisyen dikendalikan pengacara wanita terkenal, Ellen DeGeneres, 51 tahun, dilahirkan di Metairie, Lousiana, Amerika Syarikat. Ibu bapanya bercerai ketika dia beusia 13 tahun. Allen kelakar, bersahaja dan kelihatan bijak.

“Allen is a lesbian,” ujar kawan.

Lesbian ertinya perempuan mengamalkan hubungan seks dan romantik sesama jenis.

Lalu saya mencari perincian berhubung dakwaan itu.

Allen mengistiharkan dirinya lesbian kepada dunia melalui majalah TIME. Dia ‘berkahwin’ dengan aktres Portia de Rossi, menjadikan mereka pasangan lesbian. Rossi, bercerai dengan suaminya pembikin filem dokumentari, Mel Metcalfe selepas mengistiharkan dirinya lesbian.

Allen dan Rossi mendirikan rumahtangga pada 16 Ogos 2008 sebaik Mahkamah Tinggi California membenarkan pasangan berjantina sama berkahwin..

“It’s something that we’ve wanted to do and we want it to be legal,” kata Allen.

Percintaan Allen dengan bekas kekasihnya, aktres Ann Heche sebelum itu dilaporkan gagal biarpun mereka tinggal serumah di antara tahun 1997 dan 2000. Heche kemudian dilapor memilih jurukamera lelaki, Coley Laffoon sebagai suami.

Allen pernah keluar bersama lelaki, namun berhenti pada usia 20 tahun.

"I liked guys. But I knew that I liked girls, too. I just didn't know what to do with that," ujarnya.

Lesbian di Malaysia, low profile, tidak segah penampilan lelaki gay. Bagaimanapun dipercayai mereka juga mempunyai kegiatan tersendiri tetapi agak 'tersembunyi'.
Terfikir, apakah antara faktor mendorong kewujudan lesbian di kalangan gadis Malaysia? Sekadar ikutan gejala di negara barat?

Post ni aku jumpa dekat  blog mohd isa. Memang agak terkejut juga la kalau tengok facebook page bagi golongan lesbian ni. 1984 yang like page ni. Teruk-teruk. Apa nak jadi dengan perempuan sekarang ni. Nak kata lelaki dah pupus, masih wujud lagi. Nanti ada lah yang cakap, tak suka lelaki sebab mainkan perasaan la apa la. Pada hakikat sebenarnya, dua-dua sama. Relationship ni kalau nak dibincangkan memang panjang lebar la kan. Tapi bukan itu alasan untuk kita jadi seperti kaum yang dilaknat ni.


Kalau dah cukup umur tu, mintak la dengan mak ayah cakap nak kawin. Janganlah pilih jalan ni. Jangan la ikut budaya barat ni. Yang lebih menyedihkan siap ada yang bertudung lagi join group ni. Buat apa la pakai tudung kalau nak jadi lesbian. Nak tunjuk alim ke apa? Nanti ada la jumpa group gay pulak. Hurmm..macam-macam...

post ni aku copy dr abg mazidul dan member blog :)