Followers

August 04, 2011

Hidup yang memboringkan....adakah aku perlukan seseorang dalam hidup aku ???


skang aku da single....hoooreyyy!!!
perlu ke aku seronok ngn status nie?? waaaaaaaaa...
nak menangis sebenarnya...
geram bila memikirkan yang aku keseorangan skang nie..
hurm..bile aku tgk orang lain bhagia ngn pasangan masing2
jeles plak aku tgk...
terseksanye jiwa aku !!!!
keje da ok...tp bile soal bercinta...menyedehkan...
mcm mane la aku nk build up balik semangat aku untuk memberi hati aku
untuk lelaki lain...sebab kepercayaan tuk lelaki dah hilang
dalam diri aku sebenarnya...
hehehe...pe pon jgn risau aku still seorang perempuan yang normal..
masalah yang ada dalam diri aku adalah mempunyai sifat rendah diri yang tinggi.. 
terlampau sgt kot... i think???

Aku selalu bertanya pada hati.

    Siapakah lelaki yang ditakdirkan untuk jadi teman hidup aku? Di manakah dia berada sekarang? Bila kita akan berjumpa? Kenapa sampai sekarang kita masih belum berjumpa? Tolonglah jumpa aku cepat sikit. Berdoalah jawapannya..tya lg....
aku juga memasang impian untuk berumahtangga macam orang lain. Mahu memenuhi fitrah manusia yang ingin mencintai dan dicintai. Mahu merasai pengalaman hidup sebagai anak, ibu, nenek dan seterusnya andai diberikan peluang...tapi aku ader ke peluang sebegitu??

Ciri-ciri lelaki idaman ku....

1. Islam
Lelaki idaman aku mestilah beragama Islam, tinggi pengetahuan tentang agama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam. Dia tahu Rukun Iman & Islam. Tahu membaca Al-Quran & boleh membimbing anak-anak membaca Al-Quran kelak. Dia boleh menjadi imam dalam setiap solatku. Dia boleh menjadi pemandu ke arah jalan yang diredhai Allah. aku mahu dia mendekatkan diri aku dan juga dirinya kepada Allah. Pendek kata, hatinya memang mencintai Allah melebihi cinta segala cinta, ibarat orang yang dahaga inginkan air sejuk.

2. Darah Anak Melayu
Seboleh-bolehnya aku mahukan seorang lelaki yang berbangsa Melayu sebab persamaan budaya paling penting dalam hidup. Biarlah kata orang, orang putih itu kacak, orang Arab itu kacak, orang Hindustan itu kacak. Aku tak mahu berkahwin dengan lelaki bangsa asing kerana dunia kita berbeza. Bila sebut pasal budaya ni, bab ni merangkumi banyak hal macam bahasa, makanan, pakaian dan juga adat dan istiadat.

i) Bahasa
Bagi aku, bahasa Melayu adalah bahasa paling sedap didengar sebab bahasa ni paling sebati dalam hidup aku. Kalau nak bermadah pujangga pun, guna bahasa sendiri barulah ada feel,tol x??? kikkikiki...

ii) Makanan
Selera makan aku lebih kepada masakan Melayu dan Thai. Nak makan masakan barat ke, India ke, Cina ke, Arab ke. Insya-Allah boleh, tapi tak boleh selalu. Aku mahu suami yang suruh masak nasi setiap hari dan masak beraneka jenis masakan Melayu supaya masing-masing dapat makan dengan gembira. Bukan saja kenyang, tapi kepuasan diutamakan. Dia juga mesti pandai masak, kalau sikit pun ok. Sekurang-kurangnya kalau aku tak sihat, dia boleh masak.Selain tu juga, aku ni ader alergic ngn makanan laut...waaa....lau aku makan nanti akan naik ruam-ruam merah pastu akan asma...bhayakan ??? tp xpe demi suami aku..aku akan masak jugak tuk die lau itu yang die nk makan..

iii) Pakaian
Perempuan Melayu tak pakai pakaian seksi. Lelaki Melayu mesti jaga pemakaian isterinya. Itulah yang bagus :)

iv) Adat dan Istiadat
Orang Melayu kaya dengan adat. Nak masuk rumah kena buka kasut, nak makan guna tangan kanan, nak menguap kena tutup mulut, nak bercakap dengan orang yang lebih tua kena guna pangkat kakak, abang, pakcik, makcik. Oh! Indahnya budaya orang Melayu. Sungguh kaya budi bahasa.

3. Gaya Hidup Sihat
Boleh pergi joging sama-sama. Hirup udara segar di pagi hari bersama-sama. Seronok tu ;) Lelaki itu tidak minum arak dan tidak merokok. Aku alah kepada asap rokok. Pantang ada bau sikit pun, mesti tak tahan. Boleh lemas dengan bau rokok. Aku juga tak nak suami yang mendedahkan bahaya kepada diri sendiri, termasuk aku dan anak-anak. Kalau tak sayang diri sendiri, macam mana nak sayang orang lain?

4. Tinggi
Boleh tolong mencapai apa yang aku tak boleh capai. Maklumlah, aku perempuan yang tidak cukup inci ;D Masa naik keretapi tadi, kena duduk sebelah seorang lelaki. Lelaki tu tinggi. Tengah mengantuk tu, macam best je kalau dapat lentok dekat lelaki yang tinggi macam dia. Tiba-tiba rasa nak kahwin dengan lelaki yang tinggi, hehe.

5. Orang Seni
Tidak kira apa pekerjaan dia, baik guru, pensyarah, doktor dan lain-lain lagi. Yang penting, dia mesti pandai seni. Seni lukis atau seni reka atau seni memujuk, hehe.

Aku harap, elemen-elemen ini ada dalam diri bakal suami aku. Aku mahu bercinta sampai ke akhirat kelak. Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, bantulah hamba-Mu yang kerdil ini. Amin.


No comments:

Post a Comment