Followers

September 13, 2011

Tips berblog bagi blogger yang sibuk ..heee ~

bagi idea untuk selalu ada idea ??? haa ???


Ada orang berblog bermula dari suka-suka, kemudian terus berminat untuk serius berblog. Tapi bagaimana pulak bagi blogger yang mempunyai minat yang tinggi dalam berblog, tapi kesuntukan masa untuk update entry? Jalan singkat, tutup je terus blog. Jadi di entry ni saya nak kongsi tips yang mungkin berguna untuk blogger yang sibuk (busy), sama ada sibuk dengan pelajaran ke, sibuk dengan kerja ke, takpun sibuk dengan family ke. Hehe. Harap-harap tips mengarut ni berguna gak lah ye.

1. Schedule Post
Schedule Post ni bermaksud entry yang akan di publish pada tarikh dan masa tertentu yang sudah disetkan. Contohnya, kalau hanya ada masa ketika weekend untuk update entry, taip dulu entry tersebut dan kemudian publish pada hari kerja. Sebab kenapa pada hari kerja (Isnin-Jumaat)? Sebab ramai blogger lain cakap blog mereka mencatatkan penurunan pengunjung pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Jadi sebaik-baiknya, maksimumkan pengunjung dengan membuat schedule post. Lainlah kalau yang tiap-tiap hari update macam Kujie, takde masalah punya nak update hujung minggu pun. Hehe.


Yang penting, jangan lupa tekan butang PUBLISH untuk buat schedule post, nanti kalau simpan sebagai draft, entah bila lah agaknya nak publish entry tu.

2. Penulis Jemputan
Penulis jemputan ni merujuk kepada orang lain yang dijemput, tak kiralah orang tersebut adalah seorang blogger ataupun kawan-kawan dan adik-beradik korang. Kalau diorang ada idea menarik, mungkin boleh mintak tolong diorang tulis di blog. Untuk mengekalkan kualiti entry di blog, mungkin korang boleh double check dulu entry tersebut sebelum dipublish.


Dulu masa hampir final exam, saya juga pernah jemput Syahrilhafiz untuk menulis entry mengenai Kelebihan Menggunakan Sistem Operasi Sumber Terbuka, dan hasilnya cukup memberangsangkan!

3. Tulis idea dalam buku nota
Ada blogger yang mengambil masa lebih dari sejam untuk menulis sesuatu entry. Kesannya, mereka mengelakkan untuk update kerana perlu memperuntukkan banyak masa semata-mata untuk update. Kemudian, pernah tak masa sedang tulis entry, tiba-tiba hilang idea. Pastu pening nak fikir balik idea, last-last terus tak jadi nak publish. Jadi untuk mengelakkan perkara camtu terjadi, selain dapat menjimatkan masa untuk menaip entry, boleh amalkan tips-tips berikut:


  1. Tulis tajuk utama
  2. Tulis isi-isi penting supaya nanti tiada yang tertinggal
  3. Kalau ada masa, boleh letakkan sekali penerangan ringkas untuk isi-isi yang disenaraikan.  
Dengan mengamalkan tips-tips di atas, InsyaALLAH masa untuk update dapat dikurangkan, mungkin boleh ambil masa kurang dari 15 minit untuk suatu entry yang mantap! Jadi, alasan takde masa untuk update mungkin dapat dielakkan.
selamat mencuba ...



No comments:

Post a Comment