Followers

January 24, 2011

~ Sebaik-baik amalan sebelum tidur ~




" Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku memohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain IA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepadaNYA) makan di ampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walaupun sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia."


[Riwayat Imam at-Tirmizi]


Pengajaran Hadis:
1. Nabi s.a.w sangat kasihkan umat. Kerana itu baginda tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan yang berguna kepada mereka demi kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.

2. Nabi s.a.w menjelaskan dalam hadis ini bagaimana sifat tidur orang yang beriman. PEnuh dengan adab dan akhlak yang mulia, baik ketika sebelum tidur, semasa dan selepas bangun darinya. Tidak seperti tidur yang bagi orang yang ingkar dan lalai kepada ALLAH yang mana tidur mereka seperti binatang ternakan.

3. Sebagai hamba yang banyak dosa dan kesalahan kepada ALLAH dan sesama manusia, islam menganjurkan umatnya supaya banyak beristigfar dan bertaubat pada setiap masa dn ketika. Antaranya hendaklah kita beristighfar dan bertaubat sebelum kita memulakan tidur.

4. Tidur itu adalah saudara kematian. Boleh jadi tidur itu tidur yang terakhir. MUdah-mudahan amalan istighfar taubat yang berterusan itu (termasuk sebelum tidur) menjadi asbab (penyebab) ALLAH belas kasihan dan sudi mengampunkan segala dosa kita. :

5. Rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. itu amat luas sekali. Tidak bertepi, Sebanyak mana pun dosa kita, janganlah berputus asa dari rahmat dan keampunanNYA. Orang berputus asa itu adalah sifat orang kafir kepada ALLAH S.W.T. Mohonlah keampunan kepada ALLAH Yang Maha Pengampun. Dambalah kemaafan ALLAH Yang Maha Menerima taubat hamba-hambaNYA.

6. Selagi nyawa belum sampai ke ghalgharah kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Maka,jangan sia-siakan peluang keemasan ini. Usah ditangguhkan-tangguhkan taubat dan istigfar itu sehingga ia nya tidak brmakna lagi.


Al-Rahman ni Rahim
itu la sifat Allah,
yang Maha pemurah lagi Maha penyayang terhadap hamba dia
semoga dosa kita di ampun kan oleh Nya...

January 23, 2011

YA ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM,,,Layakkah Aku Untuk Disayangi???


Tiba-tiba air mataku berguguran seperti hujan tanpa perlu dipaksa..
hurm..
bila mengenangkan nasib diri hanya allah yang Maha Mengetahui apa yang aku sedang lalui. Begitu pahit aku rasakan, tapi terpaksa juga aku telan kerana aku tahu ini sebahagian dugaan allah swt untuk aku...Aku selalu berlakon di hadapan orang-orang yang aku sayangi, bukan bermakna aku seorang yang hipokrit tapi aku tidak mahu siapapun tahu apa yang aku rasakan dan apa yang harus aku tanggung selama ini...

kadang-kadang aku merasakan jiwaku ini terlalu kosong, seperti kain putih lama yang tidak mempunyai nilai, tidak dipandang, tidak juga ada kegunaannya...
Sebab itukah aku dilahirkan ke dunia ini????? aku juga mempunyai keinginan untuk bahagia seperti orang lain, bukan hanya ingin menjadi hamba yang selalu berduka..kadangkala aku gembira tapi itu hanya sementara. Aku selalu berkata pada diriku " Tak pa mungkin allah menyayangi aku..tu la aku diberikan dugaan sebegini..biar aku dapat dugaan KESUSAHAN , dari aku mengecapi dugaan NIKMAT sehingga lupa diri..walhal dalam pada masa yang sama aku juga ingin merasakan nikmat kesenangan, kasih sayang seperti orang lain...aku begitu tidak bersyukur !!! buangkan sifat MAZMUMAH ini dari diri aku...isi hatiku berkata sendirian..



tapi....ada perkara yang lebih penting ingin aku perolehi..
AKU INGINKAN KEBAHAGIAAN DISANA !!!
Tapi layakkah aku ???????????
seorang hamba yang hina yang selalu lalai dengan keseronokan dunia..
Layakkah aku untuk memperolehi SYURGA ALLAH SWT ?????!!!!
Subhannallah....

AKU INGIN BERUBAH !
AKU INGIN BERJAYA !
AKU INGIN KEBAHAGIAAN DAN KASIH SAYANG !
Aku inginkan kasih sayangMu Ya Allah...
Rintihanku ini hanya PadaMu Cinta Agungku,,
Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar..
Ampunilah segala dosa hamba-hambaMu ini yang selalu leka..

Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini, kecil mahupun besar...terutama dosa kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku, guru-guruku dan saudara 
se-islamku di dunia mahupun akhirat..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau berkatilah kehidupanku ini, Nor Ashikin Binti Ahmad dalam meniti kehidupan seharianku ini..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau tetapkan kakiku semasa melalui Titian siratMu untuk selamat sampai ke SyurgaMu, terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku di akhirat kelak..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Engkau tambahkan dalam diriku sifat MAHMUDAH, buang segala sifat MAZMUMAH dan jauhilah aku dari sifat MUNAFIK dan FASIQ...
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Peliharalah aku dari melakukan kemaksiatan dan melakukan perkara yang sia-sia..berikanlah petunjukMu kepadaku agar kembali ke jalan yang lurus..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, Jauhilah hambaMu ini dari seksaan alam kuburMu dan seksaan nerakaMu kerana ia amatlah perit...terutama kedua Ibu Bapaku, kaum kerabatku dan suamiku..
Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, berikanlah hambaMu ini jodoh yang terbaik untuk membimbingku ke arahMu..agar aku tidak tersimpang dari landasan yang telah Engkau sediakan, untuk memperolehi syurga yang telah Engkau janjikan....amin ya robal a'lamin